Kepakaran Saya Ialah Membantu Anda Untuk Mendapatkan Kesihatan Dalaman Dan Luaran Yang Sempurna Serta Memiliki Kecantikan Abadi.

Wednesday 23 August 2017

Kepentingan Kalogen untuk lebih cantik dan muda dari usia (The power of Collagen)

Apakah itu Kolagen?

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam tubuh badan mamalia (manusia dan haiwan). Ia merupakan salah satu protien yang panjang merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan. Ia didapati dalam tulang, otot kulit dan tendon di mana ia membentuk rantaian untuk memberikan kekuatan dan struktur. 

Kolagen berasal daripada perkataan Latin 'Cola' = gam dan 'gen' = ejen yang bermaksud Ejen pelekat di mana ianya berfungsi untuk melekatkan sel-sel tubuh kita antara satu sama lain. Bila ejen ini berkurangan, makanya akan kelihatan lah kulit seseorang itu kendur dan tidak tegang.


Kepentingan Kolagen.

Selain menjaga keanjalan kulit, kolagen juga mengukuhkan organ dalaman termasuk tulang dan sendi agar sentiasa kuat dan sihat. Kolagen juga penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang. Jadi, boleh kita tafsirkan bahawa kolagen bukan sahaja untuk kulit semata-mata tetapi ia juga berperanan dalam banyak aspek kesihatan kita.




Semakin berusia, kedutan pada kulit kita makin bertambah. Cuba perhatikan gambar di atas. Pada umur 20-an, kolagen dalam badan adalah lebih banyak. Kolagen memegang struktur kulit agar lebih tegang.

Pada umur 30-an, kolagen akan mula berkurangan menyebabkan tisu akan mula longgar dan 'fine line' akan mula kelihatan. Pada umur 40-an, kulit akan nampak berusia dan akan terdapat pigmentation.

Pada umur 50-an, kolagen akan sangat sedikit dan penuaan akan sangat ketara. Pada usia begini, kolagen masih boleh diambil untuk mengelakkan penurunan kolagen yang sangat drastik.



Apabila usia kita mencecah 26 tahun ke atas, penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 5% setiap tahun. Penyimpanan kolagen dan penghasilan kulit adalah penting untuk kelihatan muda dan melambatkan proses penuaan.


Jenis Kolagen

Sebenarnya kalogen ini banyak jenis tetapi memandangkan 80%-90% dalam badan terdiri daripada jenis I, II dan III sahaja.


Kolagen Type I:

Kolagen Type 1 adalah yang paling banyak dan hampir dianggap sebagai jenis kuat kolagen yang terdapat dalam badan manusia. Ia terdiri daripada serat eosinophilic yang membentuk bahagian badan termasuk tendon, ligamen, organ-organ dan kulit (dermis). Ia juga membantu membentuk tulang dan boleh didapati dalam saluran GI. Ia amat penting untuk penyembuhan luka, memberi kulit berkualiti elastik dan anjal serta saling memegang bersama tisu supaya tidak kendur.


Kolagen Type II:

Kolagen Type II terutamanya membantu membina tulang rawan yang terdapat dalam tisu penghubung. Kesihatan sendi-sendi kita bergantung kepada rawan diperbuat daripada kolagen Type II. Inilah sebabnya mengapa kolagen sangat bermanfaat untuk mengelakkan sakit sendi atau pelbagai gejala artritis.


Kolagen Type III:

Kolagen Type III diperbuat daripada gentian reticular dan komponen utama matriks extracellular yang membentuk organ-organ dan kulit. Ia biasanya ditemui bersama dengan Type I dan membantu memberikan kulit keanjalan. Ia juga membentuk saluran darah dan tisu di dalam hati. Jadi, kekurangan dalam Type III kolagen telah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk saluran darah pecah.


Fungsi Kolagen

Kolagen Type I dan III adalah lebih fokus untuk rambut, kulit, kuku dan tulang. Ia membantu:

1. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
2. Meningkatkan keanjalan.
3. Menyokong matriks tulang (36% daripada tulang terdiri daripada Kalogen Type I dan II).
4. Memperbaiki kuku.
5. Menebalkan rambut halus dan melambatkan keguguran rambut.
6. Meningkatkan peredaran darah.
7. Menggalakkan pengeluaran glycine yang membina otot dan membantu membakar lemak semasa tidur.

Kolagen Type II membantu kesihatan rawan dan tulang iaitu:

1. Membentuk 50-60% daripada protien dalam rawan artikular.
2. Membentuk 85-90% daripada kolagen dalam tulang rawan artikular.
3. Boleh mengurangkan sakit lutut.
4. Boleh menyokong belakang, rahang dan sendi.



Terdapat 7 cara kolagen membantu meningkatkan kesihatan anda.

1. Kulit lebih anjal, licin dan berseri. 
2. Memperbaiki Sindrom Usus Bocor - Leaky Gut.
3. Meningkatkan metabolisme, kepadatan otot dan tenaga.
4. Menguatkan rambut, kuku dan gigi.
5. Tulang dan sendi yang lebih kuat dan mengelakkan osteoporosis.
6. Membantu tubuh badan untuk detox
7. Memperbaiki kesihatan Kardiovaskular.


Faktor yang menyebabkan kerosakan kolagen.

1. Merokok
2. Pengambilan gula yang tinggi
3. Sinaran matahari
4. Gangguan autoimun







Kenapa Shaklee Callogen Powder adalah terbaik?


A. Penyerapan Hebat

Shaklee Callogen Powder Drink menyediakan molekul yang kecil dan mempunyai penyerapan yang lebih tinggi (1000 dalton yang paling optimum untuk penyerapan dalam badan)

B. Sumber Premium Sisik Ikan Merah

Sumber kalogen terdiri dari pelbagai jenis, ada produk yang berasal dari tomato, blueberry, brokoli, rumpai laut dan macam-macam lagi tetapi Shaklee memilih sisik ikan merah sebagai sumber utama kerana:

- Ikan merah boleh berenang sehingga 5000m ke dalam air.
- Sisik yang premium
- Tahan tekanan
- Sangat bersih
- Tinggi kalogen

C. Bukan sekadar Kalogen

Selain sisik ikan merah, terdapat 8 bahan aktif yang lain seperti biji pokok Camelia Japonica, ekstrak Pfaffia (ginseng Brazil), ekstrak kekerang, Lactobacilus acidophilus, vitamin C, vitamin B dan fish callogen.

D. Terbukti berkesan

Graf di bawah menunjukkan kajian yang dijalankan oleh pihak ketiga bukan dari saintis Shaklee.


Jadi, anda semua sudah tahu betapa pentingnya kolagen untuk kulit dan kesihatan. Dengan pengambilan pengambilan Shaklee Callogen Powder secara berterusan, maka anda akan dapat menikmati kehidupan yang sihat dan wajah akan kelihatan lebih muda 25 tahun dari usia sebenar.



Untuk info lebih lanjut tentang Shaklee Callogen Powder dan cara pengambilan yang betul serta berkesan sila hubungi saya di 019-6442032. (PM/Whatsapp/Telegram)







0 comments